28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Universiti, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca letupan

    Shopee Sale

    Help University sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, pemilik dan pengurusan bangunan bagi mengenal pasti punca insiden letupan semasa kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara di kampus universiti itu di Bukit Damansara pagi tadi.

    Universiti itu dalam kenyataan memaklumkan, bangunan yang terlibat akan kekal ditutup sehingga siasatan rasmi selesai dijalankan.

    “Sebagai institusi yang komited menyediakan persekitaran selamat bagi pelajar dan seluruh warga kampus, kami akan segera menjalankan pemeriksaan dalaman bagi memastikan keselamatan dan integriti bangunan lain di Kampus Bukit Damansara serta Kampus Subang Bestari.

    “Kami ingin menegaskan bahawa operasi dan kelas di Kampus Subang Bestari akan diteruskan seperti biasa,” menurut kenyataan itu.

    Help University turut memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan untuk memastikan semua yang terjejas menerima rawatan dan bantuan sewajarnya, selain berhubung dengan ahli keluarga mereka untuk memberikan sokongan serta bantuan yang diperlukan.

    MENARIK:  Putin pertimbang hadiri Sidang Kemuncak Asean, kata Anwar

    “Pelajar dan ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi saluran komunikasi dalaman yang telah disediakan,” menurut kenyataan itu.

    Help University juga memaklumkan, pelajar dan petugas di kampus telah dipindahkan dengan segera mengikut protokol kecemasan sejurus insiden berlaku, sebelum pihak perkhidmatan kecemasan tiba tidak lama selepas dimaklumkan.

    Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di sebuah universiti swasta kira-kira 11.40 pagi tadi

    Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata mangsa yang meninggal dunia merupakan seorang pekerja syarikat kontraktor warga tempatan berusia 24 tahun.

    Fadil berkata letupan dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat universiti berkenaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah