26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno tarik balik penggantungan Tajuddin serta merta

    Shopee Sale

    Umno hari ini menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli parti itu berkuasa kuasa serta merta, kata Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki.

    "Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Umno berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan," katanya dalam kenyataan media malam ini.

    Pada 23 Ogos lalu, bekas ahli parlimen Pasir Salak itu dilihat muncul di Perhimpunan Agung Umno (PAU 2024) ketika keahliannya masih lagi digantung.

    Tajuddin menyifatkan kehadirannya dalam perhimpunan itu sebagai bukti dia masih sayangkan Umno.

    Melalui gambar yang tular Tajuddin dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilihat berbual mesra sebelum berpelukan antara satu sama lain.

    MENARIK:  Karikatur sindir Razman: Polis digesa henti siasat Ketua Pemuda DAP

    Sehari selepas itu, Ahmad Zahid menyatakan dia sendiri akan mempertimbangkan rayuan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun.

    Hubungan di antara Ahmad Zahid dan Tajuddin sebelum itu tegang selepas kedua-dua mereka berbeza pendapat seawal 2021. Ini terutamanya apabila Tajuddin tidak bersetuju untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri pada waktu itu.

    Pada Jun 2022, Tajuddin yang juga bekas timbalan menteri pertanian digugurkan keahliannya menerusi satu surat yang dihantar oleh presiden parti.

    Ahmad Zahid memaklumkan Tajuddin dipecat kerana mengkritik Umno menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah