28.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: AMK pula dakwa PM dihalang ke Kompleks Penghulu

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | Ketua Pemuda PKR (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dihalang daripada menggunakan Kompleks Penghulu di Sungai Balang, Muar untuk bertemu dengan masyarakat setempat, kira-kira dua minggu lalu.

    Kamil berkata, tindakan tersebut pelik memandangkan perdana menteri sentiasa bersikap baik dan bertoleransi terhadap kerajaan negeri Johor dalam menyelesaikan pelbagai isu.

    "Dari pengalaman saya, dua minggu lepas apabila perdana menteri datang ke Sungai Balang di Johor, kamu tahu apa? Perdana menteri telah dinafikan untuk guna Kompleks Penghulu di Sungai Balang untuk bertemu dengan nelayan, petani, warga pendidik dan pemimpin tempatan.

    "Saya nak tahu ini arahan siapa yang tidak izinkan perdana menteri untuk guna (kompleks)? Ini harus dijawab oleh kerajaan negeri Johor," katanya kepada pemberita di Segamat, semalam.

    Dia berkata demikian kepada pemberita ketika hadir membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pemanis, Jalex Lee En Xiang.

    Mengulas lanjut, Kamil yang juga setiausaha politik kepada menteri kewangan turut menyelar dakwaan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi sebelum ini yang mendakwa dirinya dihalang daripada memasuki kawasan Felda.

    Kamil menyifatkan isu berkenaan sengaja diperbesarkan sebagai satu lagi 'drama politik' bagi meraih sokongan dan simpati menjelang PRN Johor.

    "Jangan gunakan isu Felda ini sebagai satu lagi drama politik untuk meraih sokongan ataupun simpati di negeri Johor ini.

    "Sebaliknya, tunjukkan apa tawaran kita, apa dasar kita, dan apa pendekatan ekonomi kita," katanya lagi.

    Anwar sebelum ini menafikan wujudnya sebarang arahan rasmi daripada kerajaan persekutuan untuk menghalang Onn Hafiz memasuki kawasan Felda.

    MENARIK:  ‘Puasalah’ Tun Faisal, Muhyiddin dah telefon Hadi - Syahir

    Ini selepas Onn Hafiz mendakwa dia dihalang memasuki kawasan Felda bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka Felda Negeri Johor 2026.

    Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi juga menafikan ada mengeluarkan arahan membatalkan program berkenaan mahupun menghalang Menteri Besar Johor daripada memasuki kawasan Felda.

    Dalam perkembangan sama, Kamil turut membidas kenyataan Onn Hafiz yang berikrar bahawa BN akan bertanding secara solo dan tidak akan membentuk sebarang gabungan dengan parti lain, termasuk DAP, sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri.

    Kamil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu bentuk keangkuhan politik yang tidak berpijak pada realiti dinamik politik semasa.

    "Bagi saya, itu satu lagi kenyataan yang angkuh. Sama juga dulu dia kata 'No Anwar, No DAP', apa lagilah 'No Bersatu', semua benda. Tetapi politik hari ini dah berubah.

    "Mereka (BN) yang memilih untuk mengadakan pilihan raya ini, ini bukan pilihan kita. Jadi hari ini kita berkempen meyakinkan rakyat untuk mengundi kita," katanya.

    Tambahnya, sebarang keputusan mengenai pembentukan kerajaan dan urusan pentadbiran negeri sepatutnya diputuskan selepas mandat mutlak diserahkan kembali kepada rakyat pada hari pengundian kelak.

    "Kenyataan-kenyataan begini bagi saya adalah kenyataan yang pramatang, kenyataan yang sombong.

    "Rakyat boleh menilai sendiri sikap pemimpin yang ada di negeri Johor dan boleh membuat penilaian dengan baik," katanya.

    Pengundian PRN Johor ke-16 ditetapkan pada 11 Julai ini, dengan kerusi DUN Pemanis bakal menyaksikan saingan membabitkan Lee menentang calon BN, Anuar Abd Manap dan calon PN, Dr A Ariventharan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah