Umno sedia mempertimbangkan usul bagi menarik penggantungan keahlian bekas naib presiden Hishammuddin Hussein yang dikemukakan Umno Sembrong.
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) boleh mempertimbangkan perkara itu meskipun tiada surat rayuan daripada ahli Parlimen Sembrong.
Ahmad Zahid mengesahkan bahawa Hishammuddin tidak pernah mengemukakan rayuan kepada Umno.
"Kita akan tunggu usul yang akan dibawa oleh Menteri Besar Johor (Onn Hafiz Ghazi) yang turut menanggotai Biro Politik Umno dan (seterusnya) dibawa ke MKT," katanya.
[Berita penuh menyusul]





