25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UiTM 'apartheid' – Polis panggil Andrew Sia dalam masa terdekat

    Shopee Sale

    Polis akan memanggil kolumnis Malaysiakini Andrew Sia berhubung artikel bertajuk "Our Apartheid Academy, UiTM" yang diterbitkan pada 22 Mei lalu.

    Bernama melaporkan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata semakan terhadap Malaysiakini sedang dibuat untuk turut memanggil pengarang portal berita ini bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan.

    “Setakat hari ini sebanyak 38 laporan polis telah diterima,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Terdahulu, Razarudin dipetik Harian Metro sebagai berkata bahawa 14 laporan polis telah dibuat mengenai artikel itu setakat 6 petang semalam.


    BACA BERKAITAN:

    Polis buka kertas siasatan kes rujuk UiTM sebagai 'akademi aparteid'


    "Polis akan memohon profiling dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan,” katanya.

    Razarudin menambah, laporan pertama dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik di balai polis Dang Wangi.

    Siasatan adalah di bawah penghinaan yang disengajakan bertujuan untuk mencetuskan pecah keamanan (Seksyen 504 Kanun Keseksaan), menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang boleh dianggap menyinggung perasaan (Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia) dan penggunaan kata-kata yang menghina (Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil).

    MENARIK:  Peniaga pasar malam Perlis wajib hentikan operasi semasa solat Maghrib

    Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh sebelum ini menuntut Malaysiakini menurunkan artikel itu dan menggesa Sia mengeluarkan permohonan maaf.

    Dia turut menyeru anggota sayapnya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Malaysiakini dan Sia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah