29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular video hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek

    Shopee Sale

    Polis telah mengenal pasti lelaki yang mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap Islam sebagaimana tular di media sosial hari ini.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya akan merakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang mendapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.

    Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

    "Pada hari ini polis mengesan satu rakaman video yang tular berdurasi 1 minit 4 saat dimuat naik melalui laman sosial Facebook.

    MENARIK:  Anutin sokong PM bantah kritikan Malaysia campuri urusan negara jiran

    "Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kenderaan mengeluarkan kata-kata negatif dan penghinaan terhadap Islam," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.

    Rusdi berkata polis memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

    Beliau berkata orang ramai dinasihatkan untuk tidak terus menularkan video berkenaan kerana bimbang akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah