Kerajaan menaikkan semula kuota subsidi petrol Budi Madani (Budi95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan, berkuat kuasa 1 September ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini.
Sementara itu, kuota bagi penerima Budi Diesel turut dinaikkan daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan.
Dalam ucapannya, Anwar turut memberi jaminan bahawa golongan M40 tidak akan dipinggirkan, walaupun sebahagian besar bantuan dan insentif kerajaan dilihat lebih banyak disalurkan kepada golongan B40.
Menurutnya, golongan M40 turut menerima manfaat menerusi kadar cukai pendapatan yang lebih rendah, bantuan awal persekolahan serta subsidi elektrik.
[Berita penuh menyusul]





