26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tujuh remaja sesat ketika daki Bukit Maras ditemukan selamat

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan tujuh remaja yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Maras di Kuala Nerus, Terengganu pagi tadi ditemukan dalam keadaan selamat. 

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kesemua mangsa berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditemui dan tiba di kaki bukit berkenaan pada pukul satu tengah hari.

    Dia berkata enam pendaki berasal dari Terengganu iaitu Ahmad Asyraf Mohd Rohisham, Ahmad Aqil Amisyar Kamal, Muhammad Alif Afza, Muhammad Ashraf Al Imran Mohamad Puzi, Abdullah Ilyas Mohd Azhar dan Mohamad Aiman Sidek serta Nabil Nawi dari Johor. 

    “Polis menerima maklumat mangsa sesat semasa dalam perjalanan turun selepas mendaki bukit berkenaan. Setelah menerima laporan, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi dan dimaklumkan oleh penduduk kampung tujuh pendaki masih belum turun. 

    “Polis kemudiannya berkongsi maklumat kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus bagi membantu pencarian. Operasi turut dibantu penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

    MENARIK:  Pemuda Umno gesa Putrajaya jangan tunduk tarif Trump

    Azli berkata pasukan penyelamat berjaya mengesan lokasi kesemua remaja tersebut  pada 12.30 tengah hari setelah menerima panggilan daripada seorang daripada mereka yang memaklumkan telah menjumpai laluan asal pendakian.

    “Ada di antara mereka memerlukan bantuan untuk turun ke kaki bukit kerana mengalami kekejangan kaki,” katanya. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah