26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syamel Nafi Dakwaan Bersentuhan Dalam MV, Hubungi Ernie Zakri Selepas Video Tular – ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’

    Shopee Sale

    Penyanyi Syamel tampil menjelaskan berkenaan isu salah satu babak di dalam muzik video (MV) terbaharunya yang berjudul Pertama.

    Arikel Berkaitan: ‘Beribu Tanda Tanya’ Lagu Syamel Paling ‘Mahal’

    Penjelasan Syamel

    Ketika ditemui , Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, memaklumkan bahawa isterinya, Ernie Zakri ialah orang pertama yang dihubunginya mengenai hal ini.

    Menurut Syamel, tiada sebarang sentuhan pada babak di dalam lif bersama finalis Dewi Remaja 2025, Shermaine Alexander.

    Saya tak jangka video dalam lif itu akan menerima banyak komen. Jadi saya tengok video itu semula dan orang pertama yang saya telefon ialah isteri.

    Ernie tengok dan bertanya sama ada ada tersentuh atau pun tidak. Kemudian kami tengok sama-sama muzik video itu. Kami zoom dan buat slow motion dekat babak itu tapi tak kena (tersentuh) pun.

    Ernie faham saja, yang penting saya tak bolehlah tak sensitif dengan isu ini. Saya perlu jelaskan juga dekat dia apa yang terjadi.

    Dalam masa yang sama, Syamel juga menghubungi Shermaine untuk mendapatkan kepastian mengenai isu tersebut.

    Saya pun ada hubungi Shermaine untuk pengesahan, tapi memang ketika itu saya tak sentuh dia pun.

    Kamera angle sahaja yang macam itu. Tangan dekat belakang itu pun mereka ingat saya rangkul pinggangnya tetapi itu hanya kamera trick.

    Syamel berkata demikian ketika sidang media pelancaran lagu Pertama yang berlangsung di TGV Cinemas, Pavilion, Bukit Jalil pada Selasa.

    MENARIK:  Cik B Terharu Peminat Cilik Datang ‘Event’ Setiap Hari, Ibu Kanak-Kanak Luah Rasa Sebak – ‘Mengalir Air Mata Bila Anak Dihargai’

    Walau bagaimanapun, Syamel tetap memohon maaf kepada semua penonton berikutan telah menimbulkan pelbagai reaksi dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

    Saya ambil pendekatan untuk
    mohon maaf kerana memperlihatkan babak sebegitu. Saya minta maaf kalau ia memberi rasa kurang senang kepada sesiapa yang menonton.

    Sebagai seorang yang matang dan
    berfikiran positif, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

    Terdahulu, potongan klip daripada muzik video terebut yang dimuat naik oleh Syamel di laman Threads telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

    The post Syamel Nafi Dakwaan Bersentuhan Dalam MV, Hubungi Ernie Zakri Selepas Video Tular – ‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah