29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN, Muda kecam kementerian Ramanan isu polis serbu rumah wartawan Malaysiakini

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) memandang serius serbuan polis ke rumah wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar, yang dikaitkan dengan laporan berita berhubung cadangan sistem pengambilan pekerja asing dikenali sebagai "The Universal Recruitment Advanced Platform" (Turap) melibatkan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

    Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan menegaskan perkembangan itu melampaui sosok seorang wartawan atau sebuah organisasi media semata-mata.

    "la menimbulkan kebimbangan lebih luas mengenai isu-isu kebebasan media, tahap kewajaran tindakan penguatkuasaan serta ruang untuk wartawan melaporkan isu berkepentingan awam tanpa rasa takut atau tekanan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Katanya, ia menimbulkan persoalan terhadap konsep ketelusan kerajaan serta penggunaan instrumen penguatkuasaan undang-undang terhadap laporan media.

    “Dalam negara demokratik yang matang, respons terhadap laporan media seharusnya mengutamakan penjelasan dan ketelusan, bukannya tindak balas yang boleh dilihat sebagai mengekang penelitian awam yang sah.

    "Sejak sekian lama, sektor pengambilan pekerja asing di negara ini banyak dikaitkan dengan isu-isu ketelusan, perananan orang tengah, kos berlebihan serta kelemahan tadbir urus.

    "Justeru, sorotan media mengenai sebarang pembaharuan dalam sektor ini jelas berkepentingan awam, sah dan menuntut penelitian,” katanya.

    Takiyuddin, yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata gabungan pembangkang itu menggesa pihak berkuasa memberi justifikasi terhadap tindakan ke atas Nantha serta mengelakkan langkah yang boleh menjejaskan perananan media dan kewartawanan penyiasatan.

    Wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar.

    Sementara itu, Ketua penerangan Muda, Rasid Abu Bakar menegaskan Kesuma sebenarnya telah diberi peluang untuk mengulas isu tersebut namun memilih untuk mengadukan laporan itu kepada pihak berkuasa.

    “Laporan tersebut berkait dengan isu berkepentingan awam, dan pihak kementerian di bawah Ramanan Ramakrishnan telah pun ditawarkan ruang untuk memberi maklum balas sebelum penerbitan, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

    "Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, jawapan sepatutnya diberikan secara terbuka.

    "Menggantikan hak jawab dengan laporan polis adalah tindakan yang mengelak akauntabiliti. Itu bukan kepimpinan, itu mengelak tanggungjawab,” katanya pada satu kenyataan.

    Rasid turut membangkitkan kebimbangan terhadap penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap seorang wartawan, yang disifatkannya sebagai satu bentuk intimidasi terhadap media.

    Katanya, media memainkan perananan penting dalam demokrasi sebagai mekanisme semak dan imbang, dan wartawan tidak sepatutnya disiasat atau diserbu hanya kerana menjalankan tugas.

    “Malaysia tidak boleh menjadi negara di mana soalan dibalas dengan siasatan, dan pendedahan awam dibalas dengan tekanan terhadap media.

    MENARIK:  Pengendali bas sekolah naikkan bayaran boleh hilang lesen, kata PM

    "Jawab, bukan tekan. Reformasi, bukan intimidasi,” tegasnya lagi.

    Henti intimidasi wartawan

    Dalam perkembangan sama, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa pihak berkuasa “menghentikan semua bentuk intimidasi terhadap wartawan yang menjalankan tugas melaporkan perkara berkepentingan awam”.

    Pengarah Eksekutifnya, Wathshlah G Naidu berkata pihaknya bimbang dengan peningkatan penggunaan undang-undang untuk menekan dan mengganggu wartawan, yang boleh mewujudkan budaya takut serta menjejaskan perkembangan kewartawanan penyiasatan.

    “Serbuan ini menyentuh teras kebebasan media dan akauntabiliti demokrasi, serta menghantar mesej ancaman kepada wartawan yang melaporkan isu sensitif berkait kemungkinan rasuah atau salah laku korporat.

    “Waran geledah dan serbuan ke rumah wartawan mengancam kerahsiaan sumber dan berpotensi menjadi penyalahgunaan kuasa kerana ia boleh digunakan sebagai ‘fishing expedition’ untuk mengakses maklumat lain — termasuk log komunikasi, perananti, senarai kontak, bahan penyelidikan mentah dan nota lain.

    “Pelanggaran privasi dan keselamatan ini akan mengancam kewujudan kewartawanan penyiasatan,” katanya.

    Wathshlah turut menggesa pihak berkuasa supaya menyalurkan sebarang aduan salah laku wartawan atau organisasi media kepada Majlis Media Malaysia.

    Katanya, majlis itu diberi mandat untuk memastikan media kekal bertanggungjawab dan bebas melalui kod etika kewartawanan, dan perlu dibenarkan menjalankan fungsi tersebut.

    “Membenarkan mandat Majlis Media berfungsi akan memastikan piawaian antarabangsa dari segi perkadaran, keperluan dan legitimasi dipatuhi, di samping melindungi hak individu dan wartawan semasa siasatan.

    “Ini termasuk hak mendapatkan peguam dan hak untuk berdiam diri bagi melindungi diri atau sumber maklumat.

    “Biarkan media sah menjalankan perananan sebagai ‘kuasa keempat’ dan benarkan wartawan menjalankan tugas tanpa takut ancaman tindakan undang-undang,” katanya.

    Semalam, polis mengambil masa kira-kira 45 minit untuk melakukan pemeriksaan di rumah wartawan itu di Seri Serdang, Selangor.

    Menurut Nantha, dia diberikan waran geledah yang menyatakan polis mempunyai alasan untuk mengesyaki rumahnya digunakan untuk menyimpan bahan berkaitan cadangan sistem pengambilan pekerja asing.

    Waran itu turut mendakwa dia memiliki salinan — sama ada fizikal atau bahan — dokumen rasmi, termasuk memorandum kabinet bertajuk “Proposal for the Implementation of the Digital System, the Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), in the Process of Recruiting Foreign Workers to Malaysia”.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah