26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump namakan seorang lagi besan jadi penasihat hal ehwal Arab

    Shopee Sale

    GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih Donald Trump mengumumkan ahli perniagaan Amerika keturunan Lebanon, Massad Boulos, akan bertugas sebagai penasihat kanannya mengenai hal ehwal Arab dan Timur Tengah, menurut laporan Anadolu Agency (AA).

    Trump menulis di platform Truth Social miliknya bahawa Massad, yang juga bapa mentua kepada anak perempuannya, Tiffany, "seorang peguam yang berjaya dan pemimpin yang sangat dihormati dalam dunia perniagaan, dengan pengalaman luas di peringkat antarabangsa."

    "Beliau telah lama menjadi pendukung nilai-nilai Republikan dan Konservatif, aset kepada kempen saya, dan memainkan perananan penting dalam membina pakatan baru yang besar dengan komuniti Arab Amerika," tambahnya.

    MENARIK:  Kepimpinan PAS diminta ‘jangan tembak peluru tabur’ ketika serang DAP

    "Massad seorang perunding perjanjian dan penyokong yang teguh untuk keamanan di Timur Tengah. Beliau akan menjadi pendukung yang kuat untuk Amerika Syarikat dan kepentingannya, dan saya gembira untuk memilikinya dalam pasukan kami!" tulisnya.

    Boulos merupakan satu lagi nama dari kalangan keluarga rapat Trump yang akan bekerjasama dalam penggal kedua beliau yang akan datang.

    Pada hari Sabtu, Trump mengumumkan dia mencalonkan ahli perniagaan terkenal dari New Jersey, Charles Kushner, juga besannya untuk berkhidmat sebagai duta ke Perancis.

    Kushner bapa kepada Jared Kushner, menantu lelaki Trump yang pernah berkhidmat sebagai penasihat kanan semasa tempoh presidensinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah