25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Marcelo umum bersara daripada bola sepak

    Shopee Sale

    Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, lapor Agensi Anadolu (AA).

    "Perjalanan saya sebagai pemain berakhir di sini, tetapi saya masih mempunyai banyak perkara untuk disumbangkan kepada bola sepak. Terima kasih atas segalanya," kata pemain berusia 36 tahun itu menerusi akaun media sosialnya.

    Bekas pemain kebangsaan Brazil itu meraih lima trofi Liga Juara-Juara UEFA, empat Piala Dunia Kelab FIFA dan enam kejuaraan LaLiga Sepanyol bersama Real Madrid sebelum kembali ke kelab lamanya, Fluminense di Brazil, pada Februari 2023.

    MENARIK:  M'sia kecam peranti komunikasi jadi senjata di Lubnan

    Marcelo turut membantu Brazil menjuarai Piala Konfederasi 2013 dengan enam gol dalam 58 penampilan bersama skuad kebangsaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah