29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tren LRT tergelincir: Loke arah hukuman paling maksimum terhadap Prasarana

    Shopee Sale

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dia telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengenakan “hukuman paling maksimum” terhadap Prasarana Malaysia Berhad selepas sebuah tren LRT tergelincir pagi tadi.

    Loke berkata pihaknya mengambil pendirian yang tegas dalam insiden berkenaan dan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan orang ramai.

    Katanya, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kejadian secara menyeluruh.

    "Saya ingin menegaskan bahawa Lembaga Pengarah dan Pasukan Pengurusan Prasarana tidak boleh meneruskan sikap "business-as-usual". Kejadian sebegini perlu dipandang serius, dan tiada sesiapa dalam pengurusan tertinggi Prasarana akan terkecuali daripada akauntabiliti dalam insiden ini.

    "Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil oleh pihak Lembaga Pengarah Prasarana terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kebolehpercayaan perkhidmatan sistem rel di bawah kendalian Prasarana,” latanya dalam kenyataan.

    Loke berkata dia juga telah mengarahkan supaya dapatan siasatan ini dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin dan laporan tersebut dihebahkan secara umum.

    MENARIK:  Ahli GISBH yakin Sheikh Suhaimi itu Imam Mahdi, kata menteri

    "Saya juga mengarahkan Apad untuk mengambil tindakan hukuman yang paling maksium terhadap Prasarana Malaysia Bhd berhubung insiden ini," kataya yang menambah pihak APAD telah membuka kertas siasatan terhadap insiden ini serta merta.

    Terdahulu hari ini, Rapid KL mengesahkan sebuah tren tergelincir ketika melalui kawasan pertukaran landasan berhampiran stesen Chan Sow Lin, menyebabkan gangguan di laluan Ampang–Sri Petaling.

    Bagaimanapu kesemua 25 penumpang dalam tren tersebut berjaya dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

    Susulan itu perkhidmatan tren alternatif dan bas ulang-alik percuma telah diaktifkan di semua stesen terjejas bagi memastikan pergerakan penumpang berjalan sementara usaha pemulihan dijalankan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah