Fenomena watak ‘Datuk Muzzaffar’ yang dibawakan oleh Datuk Yusry Abdul Halim hingga tular turut mendapat perhatian isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Muzzaffar ‘Trending’ Tapi Yusry Abdul Halim Luah Rasa Sunyi Tanpa Lisa – ‘Tiada Siapa Di Sisi Untuk Berkongsi Pun Agak Perit’
Artikel Berkaitan: Yusry ‘Upload’ Foto Lisa Surihani Di Threads & Luah Rasa Rindu – ‘Baru 8 Hari..Lama Lagi’
Bangga

Meskipun berjauhan dengan suaminya, Lisa sempat mengikuti perkembangan suaminya dan menitipkan kata-kata penuh bangga buat para peminat.
Menerusi respons yang dikongsikan, Lisa melahirkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang diterima suaminya.
Dia berlakon dengan sangat hebat, bukan? Bersyukur sangat melihat sokongan padu yang dia terima sekarang.
Terima kasih banyak-banyak kerana menyokongnya.
Saya memang sentiasa mengagumi bakat lakonannya sejak dulu lagi. Sayang dia.
Tambah Lisa lagi, walaupun terpisah beribu batu, dia tetap meraikan kejayaan suaminya itu dengan penuh rasa bangga.
Dalam kesempatan itu, Lisa menyambut luahan rindu Yusry yang sebelum ini mengakui amat merindui isterinya memandangkan itu kali pertama mereka terpaksa berjauhan.
Dari jauh saya tumpang gembira dan menjadi seorang isteri yang sangat bangga (proud wifey) dengan pencapaiannya.
Nanti datuk tunggu datin balik ya? jokes aside, rindu dia.
Sebelum ini, Yusry memuat naik foto Lisa meluahkan rasa rindu terhadap isterinya kini sedang menunaikan ibadah haji.
Terdahulu, Yusry mengakui berasa sedikit ralat kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan kejayaan drama terbaharunya itu bersama Lisa.
Bagaimanapun, Yusry reda dengan tuntutan ibadah yang sedang dijalani isterinya.
Sumber: Instagram
The post Lisa Surihani Bangga Lakonan Yusry Abdul Halim Diterima Peminat, Balas Luahan Rindu Suami – ‘Sayang Dia’ first appeared on OHBULAN!.





