29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hukum Ambil Wuduk Pakai Tuala Mandi, Ramai Rupanya Buat

    Shopee Sale

    Ramai dalam kalangan kita yang mempunyai tabiat mengambil wuduk sejurus selepas mandi.

    Artikel Berkaitan: ‘Acara Yang Mengandungi Unsur Pergaulan Bebas Adalah Haram’ – Dr Zulkifli Mohamad

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Perjelas Isu Umat Islam Ikuti  Aktiviti ‘Secret Santa’ – ‘Sarankan Agar Minta Pengecualian Dari Majikan’

    Hukum ambil wuduk dengan tuala

    Namun, timbul persoalan, adakah sah wuduk tersebut jika kita hanya memakai tuala (berkemban) atau dalam keadaan tidak berpakaian?

    Menjelaskan perkara itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli berkongsi surah Mohamad Al-Bakri menjelaskan Allah SWT telah menetapkan rukun-rukun wuduk yang wajib dipenuhi sebelum seseorang mendirikan solat.

    Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 6 jelas menyebutkan anggota yang wajib dibasuh iaitu muka, tangan hingga ke siku, menyapu kepala, dan membasuh kaki hingga ke buku lali.

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

    Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Ma’idah: 6)

    Al-Maraghi menyatakan bahawa makna ayat di atas adalah sekiranya seseorang itu hendak bangun bagi mendirikan solat dan masih lagi dalam keadaan berhadas.

    Hal ini kerana seluruh kaum Muslimin menyatakan bahawa bersuci (yakni berwuduk dan mandi wajib) tidak diwajibkan ke atas orang yang ingin mengerjakan solat melainkan dia masih dalam keadaan berhadas. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/61).

    Menutup aurat ketika berwuduk termasuk dalam perkara wajib mahupun sunat untuk dilakukan. Namun, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat termasuk dalam salah satu perkara sunat ketika mandi. 

    MENARIK:  Panasonic: Rakan Baik yang Perlukan di Rumah Untuk Menjimatkan Elektrik dan Melindungi Keluarga

    Aurat yang dimaksudkan di sini ialah dua kemaluannya; qubul dan dubur. Justeru, disunatkan baginya untuk menutup kedua-duanya kerana ia merupakan auratnya ketika bersendirian. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 120).

    Sekalipun begitu, hukumnya adalah berbeza sekiranya seseorang itu mengambil wuduk dalam keadaan tanpa berpakaian di tempat awam. 

    Hal ini kerana pada waktu tersebut, sudah jelas hukumnya bahawa dia wajib menutup aurat. Ini berdasarkan kepada hadith daripada Abu Sa‘id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW:

    لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

    Maksudnya: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.” Riwayat al-Tirmizi (2793).

    Terdapat dalam hadith lain, daripada riwayat Bahz bin Hakim, daripada bapanya, daripada datuknya, beliau berkata:

    قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ؟ قَالَ: «احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ»، فَقَالَ: الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ؟ قَالَ: إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ»، قُلْتُ: وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا، قَالَ: «فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

    Maksudnya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Lalu beliau bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Baginda menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Aku bertanya lagi: “Jika lelaki berada dalam keadaan sendirian?” Baginda menjawab: “Maka Allah lebih berhak untuk engkau bersikap malu terhadap-Nya.” Riwayat al-Tirmizi (2769).

    Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan berwudhuk tanpa berpakaian dihukum makruh, namun wudhuknya tetap sah.

    Maka, berwuduk dengan hanya memakai tuala tetap dikira sah.

    Sumber: Zulkifli Al-Bakri

    The post Hukum Ambil Wuduk Pakai Tuala Mandi, Ramai Rupanya Buat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah