29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Komen Norreen Iman Raih Perhatian, Sifatkan Kenyataan Bekas Suami Sebagai Propa

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman menyorot perhatian selepas meninggalkan komen pada ciapan bekas suaminya, Razzi Razak.

    Artikel Berkaitan: Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

    Artikel Berkaitan: ‘Hidup Mesti Diteruskan, Sukar Jumpa Pengganti Seperti Dia’ – Bekas Suami Norreen Iman

    Propa

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Norreen tampil memberi respons terhadap kenyataan Razzi yang menyifatkan dirinya sebagai wanita yang sukar digantikan.

    Pada hantaran tersebut, Norren meminta bekas suaminya menurunkan ciapan berkenaan yang disifatkan sekadar percakapan kosong.

    Dah boleh padam.

    Sebab macam propa saja.

    Reaksi netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberi reaksi yang pelbagai terhadap komen yang ditinggalkan pelakon berusia 32 tahun itu.

    MENARIK:  #OBCallingFoodies: 15 ‘Seafood Master’ Berhimpun Di Seafood Festival.. 15,000 Pengunjung Dijangka Serbu

    Selain itu, warganet turut menganggap komen tersebut seakan memberi maksud tersirat terhadap sikap bekas suaminya.

    Terdahulu, pada 21 Mei lalu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas lebih sedekad mendirikan rumah tangga.

    Untuk rekod, Norreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: Threads @norreen143

    The post Komen Norreen Iman Raih Perhatian, Sifatkan Kenyataan Bekas Suami Sebagai Propa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah