29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRU16: Liew gesa MCA nyatakan pendirian sokong PN atau tidak

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong sekali lagi mencabar MCA untuk menyatakan pendirian sama ada parti itu akan menyokong Perikatan Nasional (PN) atau tidak bagi membentuk kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

    Katanya, Presiden MCA Wee Ka Siong berterusan mengelak daripada menjelaskan arah tuju pakatan politik parti itu, sekali gus memberikan gambaran seolah-olah mahu menyerahkan keputusan itu selepas pilihan raya tamat.

    "Dia tidak mahu beritahu pengundi sama ada satu undi untuk MCA bermakna satu undi untuk kerajaan yang diterajui Perikatan Nasional.

    "Sebagai antara penyokong kuat yang mahu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam pertandingan tiga penjuru, MCA bertanggungjawab menjelaskan implikasi pilihan raya yang lebih luas kepada seluruh rakyat Malaysia,," kata Liew dalam satu kenyataan, hari ini.

    Tiga pilihan buat BN

    Liew turut mengimbas keputusan PRU15 pada tahun 2022 apabila PH dan PN masing-masing memenangi 71 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, manakala BN sekadar memperoleh 23 kerusi.

    Menurut analisisnya, terdapat tiga pilihan formula yang boleh diambil oleh BN untuk menghadapi PRU16 akan datang:

    Kerjasama BN-PH: Mengadakan rundingan bagi mengelakkan pertindihan kerusi untuk memastikan pertembungan satu lawan satu menentang PN.

    “Berdasarkan kerjasama ini gabungan yang menduduki tempat kedua pada pihan raya umum 2022 akan bertanding di kerusi yang dimenangi oleh PN. (Oleh itu, dengan formula ini) PH akan mendapati 19 kerusi tambahan, manakala BN akan bertanding di 52 kerusi lagi.

    “(Ia) sekali gus menghasilkan pertembungan satu lawan satu secara langsung menentang PN.” kata Liew.

    Menurutnya, di bawah aturan ini, daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia, PH akan bertanding di 90 kerusi manakala BN akan bertanding di 75 kerusi.

    Kerjasama BN-PN: Ini adalah mengikut saranan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh yang mahu BN membentuk pakatan bersama PN.

    MENARIK:  Keputusan STPM 2023 diumum 23 Julai - MPM

    “Walau bagaimanapun, PAS di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar tidak akan bersetuju untuk berkongsi 71 kerusi parlimen yang telah dimenangi oleh PN.

    “Jika BN mahu bekerjasama dengan PN, ia hanya akan dapat bertanding di 71 kerusi yang dimenangi oleh PH pada tahun 2022.

    “Memandangkan Umno dan PN (PAS, Bersatu, dan kem Hamzah Zainuddin) meletakkan diri mereka sebagai parti Melayu, akan berlaku pertindihan yang serius di antara mereka. Oleh itu, rundingan kerusi antara BN dan PN akan menjadi lebih sukar,” kata Liew.

    Pertandingan tiga penjuru: BN, kata Liew, boleh memilih untuk bertanding secara bersendirian di semua 165 kerusi menentang PH dan PN.

    Liew yang juga adalah timbalan pengerusi DAP Johor berpendapat langkah ini akan membolehkan MCA bertanding di lebih banyak kerusi, namun berisiko meletakkan BN kekal di kedudukan ketiga berdasarkan trend tinjauan semasa.

    “Kebanyakan tinjauan pendapat menunjukkan bahawa kedua-dua PH dan PN masing-masing akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding BN.

    “Jika keputusan pilihan raya terus meletakkan BN sebagai gabungan dengan jumlah kerusi ketiga tertinggi, maka BN terpaksa memutuskan sama ada mahu membentuk kerajaan bersama PH atau PN.” katanya.

    Menurut Liew lagi, buat masa ini, kita boleh mengetepikan kemungkinan tidak realistik tentang BN memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan sendirinya.

    “Bagi pilihan kedua dan ketiga, hasil akhirnya berkemungkinan besar adalah sebuah kerajaan yang didominasi oleh PN.

    “Oleh itu, Wee Ka Siong masih perlu menjawab soalan asal saya: jika peristiwa tahun 2022 berulang kembali, adakah MCA akan sekali lagi menyokong calon perdana menteri daripada PN dalam membentuk kerajaan?

    “Wee, berhenti mengelak daripada soalan saya, dan beritahu sahaja perkara sebenar kepada pengundi,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah