29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bercinta Dah Selesa 50-50, Nanti Kahwin Lupa Tanggungjawab Sebagai Lelaki’ – Siti Khadijah

    Shopee Sale

    Pelakon, Siti Khadijah Abdul Halim mengakui bahawa dia tidak lagi selesa dengan konsep ’50-50′ dalam hubungan percintaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Khadijah Percaya Pada Perancangan Allah, Umur 33 Sebagai ‘Target’ Akhiri Fasa Bujang

    Artikel Berkaitan: Siti Khadijah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Berang Foto Disunting AI Bersama ‘Daddy Ash’ – ‘Saya Cari Awak & Saman’

    Akhirnya ditinggalkan juga

    View this post on Instagram

    A post shared by Sembang Seram By Safwan Nazri (@sembang_seram)

    Menerusi sebuah sesi podcast, Siti Khadijah Abdul Halim, 29, menjelaskan bahawa konsep ’50-50′ dalam sesebuah hubungan boleh mengaburkan tanggungjawab seorang lelaki sebagai pemimpin.

    Bila bercinta pun dia dah selesa untuk ’50-50′, bila dah kahwin nanti akan lagi selesa dan dia akan lupa tanggungjawab sebagai seorang lelaki.

    Sebab aku pernah lalui itu semua.

    Aku dah pernah ‘50-50’ dah, aku tak nak ‘50-50’.

    Bercerita lanjut, Siti berkongsi dia pernah melalui situasi di mana bekas teman lelakinya bersikap berkira, termasuk ketika mereka sedang keluar berjanji temu.

    Contohnya macam pergi tengok wayang, kita beli air.

    Air satu cawan pun dia nak ‘50-50’.

    Daripada ‘50-50’, baik aku beli sendiri.

    Dalam pada itu, Siti meluahkan bahawa dia sudah penat membantu lelaki membina kehidupan dari bawah, namun akhirnya tetap ditinggalkan juga.

    Kadangkala bila perempuan jaga lelaki itu, kita ‘handsome’-kan dia, kita ikut apa dia nak, hujung-hujung kita kena tinggal juga.

    Kita bersama dengan lelaki daripada lelaki itu nothing sampai dia jadi something, lepas itu dia tinggalkan kau.

    Jadi, aku dah tak nak tolong build up’lelaki dah.

    Kalau boleh cari lelaki yang dah stabil.

    Contoh kalau tengok wayang, popcorn kau beli, tengok wayang dia beli tiket.

    Aku bukannya jenis yang kejam sangat.

    Tapi kalau itu tahap dia nak pergi dating, dia boleh cari orang yang macam itulah.

    Itu macam budak sekolah punya stail.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Rawatan Zarina Anjoulie Memukau Netizen Dengan Perubahan Wajah yang Luar Biasa

    The post [VIDEO] ‘Bercinta Dah Selesa 50-50, Nanti Kahwin Lupa Tanggungjawab Sebagai Lelaki’ – Siti Khadijah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah