Kalau sebut pasal staycation tenang dengan vibe resort, ramai automatik fikir kena drive jauh sampai ke Port Dickson, Janda Baik atau paling tidak, keluar dari Lembah Klang.
Tapi sebenarnya, ada satu lokasi hidden gem di Shah Alam untuk korang yang nak ‘switch off’ sekejap daripada kesibukan kota.
Kini tampil dengan identiti baharu di bawah jenama Hilton Shah Alam Glenmarie, hotel ini hadir dengan pelbagai pembaharuan daripada segi bilik, fasiliti dan pengalaman penginapan yang lebih premium.
Bilik-bilik di sini kini tampil dengan rekaan lebih moden dan elegan, lengkap dengan susun atur yang lebih selesa untuk family staycation mahupun business trip.
Pilihan bilik yang luas bersama pencahayaan natural dan view kehijauan padang golf memang beri suasana lebih tenang sepanjang penginapan.
Selain itu, beberapa fasiliti utama turut dinaik taraf termasuk kawasan kolam baharu. Gym, ruang santai dan kawasan dining juga tampil dengan suasana lebih segar dan moden bagi melengkapkan pengalaman resort dalam bandar yang lebih eksklusif.
Dalam masa sama, ruang event dan meeting turut dipertingkatkan untuk keselesaan tetamu korporat serta majlis sosial.
Resort dalam bandar yang ramai tidak tahu kewujudannya
View this post on Instagram
Terletak strategik di kawasan Glenmarie, hotel ini dikelilingi kehijauan padang golf yang luas, suasana lebih privasi dan vibe yang cukup berbeza daripada hotel-hotel tipikal di tengah bandar.
Bukan itu sahaja, lokasi ini sebenarnya cuma beberapa minit dari Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya. Maksudnya, tak perlu cuti panjang atau travel jauh pun untuk rasa macam bercuti di resort.
Sebaik check in, ambience dia memang terus bagi rasa tenang. Ruang lobi yang luas, pencahayaan natural, view hijau terbentang dan suasana yang lebih santai buat ramai tetamu rasa macam ‘terkeluar’ sekejap dari kesibukan harian.
Kolam baharu & kolam kanak-kanak jadi tarikan

Antara highlight terbaru yang mencuri perhatian dekat sini mestilah kawasan kolam baharu yang tampil lebih moden dan mesra keluarga serta kolam khas untuk kanak-kanak.
Suasana yang dikelilingi landskap hijau dan vibe resort pula memang buat ramai tetamu rasa lebih tenang sepanjang stay dekat sini.
Bagi yang berkeluarga, ini memang antara spot yang anak-anak confirm suka. Nak spend satu petang dekat pool pun dah cukup rasa macam mini vacation. Untuk pasangan pula, suasana lebih tenang dan private buat staycation terasa lebih eksklusif.
Kalau jenis suka slow morning pace, memang syok stay dekat sini sebab boleh enjoy kopi sambil tengok view padang golf yang luas tanpa bunyi hiruk-pikuk bandar.
Sesuai untuk staycation tapi corporate stay pun boleh
Menariknya, walaupun ramai kenal hotel ini sebagai lokasi corporate event dan business stay, sebenarnya pengalaman leisure dekat sini pun strong.
Itulah antara misconception terbesar orang ramai terhadap Hilton Shah Alam Glenmarie. Ramai ingat ia hanya sesuai untuk meeting dan event syarikat sedangkan hotel ini sebenarnya cukup versatile untuk family getaway, short escape hujung minggu mahupun celebration bersama pasangan.
Dalam masa sama, fasiliti dan ruang event yang tersedia memang buat hotel ini kekal relevan sebagai antara lokasi pilihan untuk corporate retreat, seminar dan majlis sosial sekitar Lembah Klang.
Tak perlu keluar hotel, semua dah lengkap
View this post on Instagram
Satu lagi benda best pasal hotel ini, semuanya ada dalam satu lokasi.
Kalau craving makanan Jepun, boleh singgah ke Furin. Nak all day dining pula ada Gingerfire, manakala Glen Lounge sesuai untuk coffee session, hi tea atau hangouts dengan suasana lebih santai.
Bagi yang suka makan sambil menikmati view hijau, Garden Terrace memang antara spot yang patut cuba sebab menghadap padang golf dengan pilihan hidangan tempatan dan Western. Nak grab kopi atau light snacks cepat-cepat pun ada Pine Café.
Pendek kata, memang jenis hotel yang buat orang rasa malas nak keluar sebab semuanya dah lengkap dalam satu tempat.
‘Healing’ tak semestinya kena pergi jauh
Dengan gaya hidup sekarang yang makin sibuk, ramai sebenarnya cuma perlukan ruang untuk berehat sekejap tanpa perlu pening fikir perjalanan jauh.
Sebab itu konsep resort dalam bandar macam ini makin relevan, terutama untuk mereka yang nak recharge hujung minggu tanpa perlu ambil cuti panjang.
Kalau korang sedang cari staycation dengan suasana tenang, hijau dan lebih eksklusif tetapi masih dekat dengan bandar, mungkin ini masa untuk discover sendiri pengalaman di Hilton Shah Alam Glenmarie.
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat melalui Hilton Shah Alam Glenmarie
The post View Hijau & Ambience Tenang, Hotel Di Shah Alam Ini Sesuai Untuk ‘Healing’ Short Escape first appeared on OHBULAN!.





