29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Proses mengosongkan ladang babi di Tanjong Sepat hampir selesai

    Shopee Sale

    Proses mengosongkan ladang babi di Tanjong Sepat kini hampir selesai, dengan baki kira-kira 11,000 ekor ternakan di kira-kira 30 ladang yang masih beroperasi di kawasan berkenaan.

    Akhbar Harian Metro, memetik exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim sebagai berkata, semua baki ternakan itu belum cukup matang untuk dilupus atau disembelih sejak arahan penutupan dikeluarkan pada Februari lalu.

    Izham Hashim

    "Tiada benih (anak babi) baharu dibawa masuk dan semuanya akan disembelih di pusat penyembelihan di Rawang.

    "Jadi, proses itu dijalankan secara berperingkat dan kita jangka akan segera selesai nanti," katanya ketika ditemui pada program Ibadah Korban Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (Wajar) di Surau Haji Hassan, Sijangkang di Kuala Langat, hari ini.

    MENARIK:  Sze Fei-Izzuddin kini beregu nombor 1 dunia

    Kerajaan negeri Selangor sebelum ini mengarahkan semua ladang babi di Tanjong Sepat dikosongkan dan ditutup sepenuhnya menjelang akhir bulan Jun sebelum fasa penguatkuasaan dilaksanakan mulai 1 Julai ini.

    Ia susulan pendirian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini yang tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor seperti yang ditegaskan baginda sebelum ini.

    Baginda pada 12 Jan lalu murka dengan rancangan kerajaan negeri yang membenarkan penternakan babi berskala besar di Tanjong Sepat bermula tahun ini, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah