25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Transaksi hari keempat Sara lancar, jualan lebih RM110j

    Shopee Sale

    Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang memasuki hari keempat semalam berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima di seluruh negara.

    Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 Sept.

    "Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus pada 2 Sept," kata MOF di Kuala Lumpur malam tadi.

    Selain itu, kata MOF, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai semalam.

    MENARIK:  JIPS siasat anggota pengiring didakwa pukul pemandu OKU

    Sejak pelaksanaan pada 31 Ogos, lebih 4.8 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sara sebanyak RM100 dan Sara, dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM 312.6 juta di seluruh negara.

    Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan Sara kekal sah hingga 31 Dis ini dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah