27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion

    Shopee Sale

    Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.

    Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024) adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.

    Malah, TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.

    “Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksiran dibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.

    MENARIK:  FB sekat audio tular sebab langgar dasar kandungan - MCMC

    “Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah