27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiong: Apa niat Akmal sebenarnya?

    Shopee Sale

    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menegur tindak balas berlebihan terhadap isu mengibarkan bendera China pada majlis di Teluk Intan baru-baru ini.

    "Ketua Pemuda Umno YB Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, nampaknya meletakkan batasan dan halangan yang tidak wajar kepada pertumbuhan dan pembangunan negara.

    "Apakah niat beliau sebenarnya," soalnya pada hantaran di Facebook hari ini.

    Akmal Saleh sebelum ini menggesa kerajaan mengambil tindakan keras terhadap penganjur sambutan Guan Gong Sedunia berikutan insiden mengibarkan bendera China itu.

    Akmal berkata pihaknya menolak permohonan maaf daripada penganjur terbabit dan dia dia telah mengarahkan Pemuda Umno Perak untuk membuat laporan polis berhubung insiden itu.

    "Apa kejadahnya, nak buat perarakan di tempat awam. Dahlah tak ada permit, angkat lagi bendera China," kata ketua Pemuda Umno pada 25 Okt.

    Sementara itu, Tiong berkata tindak balas berterusan terhadap isu ini boleh menghalang pelancong dan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi negara dalam sektor pelancongan.

    "Saya menggesa semua pihak untuk tidak memanjangkan isu ini secara berlebihan sehingga menimbulkan keresahan yang tidak diperlukan.

    "Sebaliknya, marilah kita mencari cara yang paling harmoni dan mesra untuk menyelesaikannya dengan segera.

    "Jika kita berterusan mengeruhkan keadaan, ia akhirnya akan menghalang pelancong daripada melawat Malaysia sehingga merugikan kita sendiri," katanya lagi.

    MENARIK:  Labi-labi resing di Sungai Tembeling diancam kepupusan

    Sementara itu, Tiong juga menyokong pandangan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad bahawa isu ini tidak perlu dibesar-besarkan dan tindakan mengibarkan bendera asing perkara biasa dalam pelbagai konteks kebudayaan.

    "Jika pembawa bendera tersebut bukan rakyat Malaysia, maka ia tidak sepatutnya menjadi masalah," katanya.

    Pilih bulu: Bendera negara lain ok

    Menurut Tiong lagi, kritikan keras sebegini boleh menjejaskan sektor pelancongan Malaysia dan menimbulkan tanggapan negara tidak mengalu-alukan pengunjung asing.

    Tindakan warganegara China yang mengibarkan bendera negara mereka semasa acara kebudayaan Guan Gong di Teluk Intan mencetuskan reaksi negatif, dengan pengkritik mendakwa kedaulatan negara terancam.

    Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong (gambar bawah) berkata perlu ada alasan yang sah untuk memaparkan bendera asing, dengan menyebut solidariti dengan Palestin sebagai sesuatu yang boleh diterima kerana kekejaman yang sedang berlaku.

    Polis kini sedang menyiasat isu ini manakala Tiong berkata siasatan tersebut mesti adil dan telus.

    Katanya acara kebudayaan sebelum ini di Malaysia juga pernah menampilkan bendera asing tanpa mendapat kritikan yang ketara.

    "Ia menimbulkan persoalan mengapa, dalam hal ini, pengkritik bertindak pilih bulu atau 'double standard'," soalnya.

    Jelasnya acara serupa di negara jiran tidak menghadapi kontroversi sedemikian, menggesa pendekatan yang lebih harmoni di Malaysia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah