26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok

    Shopee Sale

    Tiga daripada lima jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto" yang disyaki terlibat dalam kes menyerang dua individu di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 22 Mac lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.

    Beliau berkata dua lagi suspek kes serangan itu sudah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  Insentif kepada Taylor Swift bukan untuk cetus permusuhan - PM Singapura

    Pada 10.20 malam 22 Mac lepas, kelima-lima individu ditahan di pekarangan KLCC di Jalan Ampang bagi membantu siasatan kes sekumpulan ulat foto menyerang dua individu di kawasan Persiaran KLCC.

    Kekecohan dipercayai bermula apabila mangsa melihat dan menghampiri sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi terbabit sedang memukul seorang pelancong lelaki warga India.

    Bagaimanapun, mangsa yang bertindak menghampiri kumpulan berkenaan untuk menegur dan meleraikan pergaduhan itu telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah