31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada syarikat Israel di Malaysia, Mahathir benarkan ZIM, kata Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada syarikat yang berpangkalan di Israel dibenarkan masuk atau beroperasi di Malaysia.

    Katanya, sejak kerajaan perpaduan mengambil alih, syarikat Israel telah dilarang beroperasi. Ini, termasuk pembatalan syarikat perkapalan kargo Israel, ZIM daripada memasuki peraiaran negara.

    “Yang benarkan 2002 itu yang membenarkan kapal Israel masuk itu adalah Tun Dr Mahathir (Mohamad) bawa ZIM (syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel).

    “Kita dah batalkan. Dia ada bagi alasan apa-apa pun, kemudian diteruskan sehinggal saya dan jemaah menteri batalkan.

    “Itu pendirian kita, tidak diizinkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

    Anwar diminta mengulas dakwaan bahawa syarikat perkapalan Israel, ZIM akan dibenar untuk kembali berlabuh di pelabuhan di negara ini.

    MENARIK:  Sumber: SPRM akan siasat bonus RM210k eksekutif GLC

    Semalam, media melaporkan Dr Mahathir menggesa Kementerian Pertahanan mengambil tindakan tegas dan mengarahkan syarikat yang menjadi pembuat senjata kepada rejim Zionis supaya keluar segera dari Malaysia.

    Dr Mahathir berkata, pembabitan mereka dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan sesuatu menjengkelkan serta penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah