34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada pemimpin PN layak jadi PM, semua ingkar arahan istana – Puad

    Shopee Sale

    Tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak menjadi perdana menteri kerana semua mereka ingkar terhadap arahan Istana, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

    Malah katanya, begitu juga dengan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin kerana menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

    "Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kata, PN tidak ada masalah mencari calon PM untuk PRU-16. Syarat utama ialah calon itu mesti ada hubungan baik dengan istana.

    "Kalau begitu semua pemimpin PN tidak layak. Mereka ingkar nasihat Agong jangan mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman, 6 Januari lalu.

    "Apatah lagi Muhyiddin. Dia menolak nasihat Istana agar sertai kerajaan perpaduan. Bukan itu sahaja Raja-Raja Melayu menolak cadangan dia teruskan darurat dan menggantung Parlimen (ketika menjadi perdana menteri)," kata Mohd Puad dalam satu hantaran di Facebook.

    Mohd Puad Zarkashi

    Mohd Puad mengingatkan pemimpin PN supaya tidak sesekali bermain sentimen istana bagi tujuan politik murahan.

    MENARIK:  Polis siasat kes individu pegang objek menyerupai pistol

    Semalam, Malaysiakini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal berkata, PN tidak mempunyai masalah untuk mencari pemimpin dari parti gabungan itu bagi dijadikan calon perdana menteri menjelang PRU akan datang.

    Kata bekas ketua Pemuda Bersatu itu lagi, PN boleh mengetengahkan lebih daripada satu nama untuk dipertimbangkan dan ditawarkan kepada pengundi nanti.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Wan Ahmad Fayhsal menjelaskan, seseorang pemimpin yang ingin dicalonkan sebagai perdana menteri mestilah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana.

    Justeru, katanya, antara pemimpin PN yang boleh ditonjolkan ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

    Selain Muhyiddin, Wan Ahmad Fayhsal turut menamakan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah