28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada laporan ajaran sesat Millah Abraham di Kelantan

    Shopee Sale

    Kerajaan Kelantan tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, setakat ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri Mohd Asri Mat Daud berkata dengan adanya penguatkuasaan ketat di peringkat kerajaan negeri, pengaruh ajaran sesat di Kelantan terkawal.

    "Kita seru masyarakat sekiranya terdapat kelompok ajaran sesat, segera maklumkan kepada pihak berkaitan sebab ia boleh memberi kesan, juga dengan adanya media sosial, ia (ajaran sesat) dilihat semakin bertambah dan berani," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

    Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 2017 memutuskan fahaman dan ajaran Millah Abraham adalah menyeleweng serta bertentangan dengan ajaran Islam.

    MENARIK:  Wan Fayhsal: PN perlukan Gerakan, Bersatu akan jadi pendamai

    Khamis lepas, media melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat difatwakan haram iaitu Millah Abraham setelah dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran itu kepada keluarga terdekat serta penduduk setempat, selain dipercayai telah aktif lebih setahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah