29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada jaminan bagi penjawat awam yang ‘lembab, malas dan cuai’

    Shopee Sale

    Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dirangka bukan sekadar untuk membawa pembaharuan dan peningkatan dalam pendapatan boleh guna yang akan dinikmati penjawat awam, tetapi ia merupakan satu sistem saraan yang berteraskan prestasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata SSPA akan memberi manfaat kepada penjawat awam yang cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, manakala yang gagal akan dikenakan tindakan sewajarnya.

    “Ganjaran akan hanya diberikan kepada mereka (penjawat awam) yang tunjuk kesetiaan dan memberikan perkhidmatan yang baik.

    “Yang mengetepikan tugas, cuai dan malas, saya nak beritahu mereka ini tidak akan diberi layanan dan ganjaran setimpal. 

    “Kalau lembab, malas dan cuai, walau sudah kerja 20 tahun, peningkatan pendapatan tidak akan dijamin,” katanya yang disusuli tepukan gemuruh daripada lebih 3,000 penjawat awam yang memenuhi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

    MENARIK:  Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta bantu tutup kes

    Anwar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 bertemakan ‘Perkhidmatan Awam MADANI’ hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah