34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Respon Tindakan Individu Mahu Halau Penyewa Dari Neraka – ‘Tuan Rumah Tak Salah, Kami Sudah Cuba Tolong..’

    Shopee Sale

    Pelakon Anzalna Nasir memberikan respon terhadap luahan seorang pemilik rumah sewa berkenaan sikap penyewanya yang didakwa tidak membayar bil elektrik kediaman tersebut.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Segan Nak Minta Hutang, Lima Tahun Tunggu Kawan Bayar B

    alik – ‘Dah Meninggal Kot, Sebab Senyap Je’

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’

    Respon Anzalna

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, hantaran tersebut mendapat perhatian Anzalna susulan pemilik rumah berkenaan mendedahkan aktres itu pernah menyumbang bantuan kepada penyewanya.

    Menurut Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, dia mengenali penyewa tersebut, namun memilih untuk tidak mendedahkan identitinya kerana mahu memberi ruang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan.

    Sebenarnya dah boleh agak rumah siapa, tapi biarlah kekal rahsia.

    Kita jaga aib mereka dan beri ruang untuk mereka baiki serta pulihkan keadaan.

    Tuan rumah tak bersalah, kami sudah cuba membantu mereka.

    Tambah Anzalna lagi, yang menjadi kerisauannya adalah anak-anak kepada penyewa tersebut berikutan mereka berkemungkinan terjejas dengan kesempitan hidup.

    Dalam keadaan seperti ini, yang paling difikirkan adalah anak-anak kecil.

    Sebab itu, setiap bantuan saya lebih utamakan untuk anak-anak supaya cukup makan dan pakai.

    Tidak semua orang mampu berterus terang tentang keadaan sebenar mereka. Semoga anak-anak kecil mereka sentiasa dilindungi.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Nicholas Saputra Muat Naik Gambar Tak Berbaju, Peminat Mula Tak Keruan & Pakat ‘Zoom’ – ‘Indahnya Pemandangan’

    The post Anzalna Respon Tindakan Individu Mahu Halau Penyewa Dari Neraka – ‘Tuan Rumah Tak Salah, Kami Sudah Cuba Tolong..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah