Bekas Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menolak tanggapan bahawa penolakan Nurul Izzah Anwar sebagai calon timbalan presiden parti adalah penolakan terhadap Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.
“Maknanya kalau Nurul Izzah yang kalah, dilanjutkan pula penolakan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim, saya tidak melihat begitu.

“Anwar Ibrahim ini, apa namanya… wujudnya PKR itu kerana insiden yang berlaku ke atas tubuh badan dia, ke atas dia, 2 September 1998 dulu,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat bulanan di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata mesej yang salah akan diberikan kepada rakyat sekiranya pencabarnya Nurul Izzah tewas dalam persaingan bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.
Berucap pada satu ceramah di Kedah, Rafizi berkata PKR bakal berdepan risiko jika Nurul Izzah tewas dalam pengundian tersebut memandangkan dia merupakan anak kepada presiden parti, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, kekalahan Nurul Izzah akan menyebabkan imej buruk kepada PKR, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.
"Kalau kalah... jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan.
"Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan saudara saudari ada?” katanya.
[Berita penuh menyusul]





