29 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH akan muktamadkan strategi hadapi PRN tiga negeri

    Shopee Sale

    Pakatan Harapan (PH) dijangka memuktamadkan pendekatan dan strategi gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak dalam tempoh terdekat.

    Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Sekretariat PH yang bermesyuarat minggu lepas telah meminta Jawatankuasa Pilihan Raya PH membuat persiapan awal, termasuk merangka strategi menghadapi pilihan raya berkenaan.

    “Antara perkara yang akan dipertimbangkan adalah sama ada model kerjasama Kerajaan Perpaduan ketika ini, iaitu Barisan Nasional (BN) dan PH bergabung di bawah satu kerajaan akan diguna pakai dalam PRN akan datang,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

    MENARIK:  K’jaan perlukuh pembangunan kemahiran, modal insan

    Beliau berkata semua cadangan dan pendekatan itu akan dibentangkan melalui kertas strategi yang sedang disediakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya PH dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua bulan.

    Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah melakukan lawatan ke tapak projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Alor Setar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah