32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irfan Haris Kongsi Amira Othman Kurang Sihat, Tak Dapat Hadir AJL40 SA – ‘Kakak Sendiri Yang Cadangkan Nama Umai’

    Shopee Sale

    Penyanyi Irfan Haris memberi penjelasan tentang ketidakhadiran kakaknya Amira Othman ketika Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) yang berlangsung malam tadi.

    Artikel Berkaitan: Umai Ganti Amira Othman Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir 

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Rezeki Layak Masuk AJL40, Saya Idam Trofi Vokal Terbaik’ – Marsha Milan

    Penjelasan Irfan

    Ketika ditemui Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman, 25, memaklumkan bahawa kesihatan Amira kurang memuaskan sehingga dia tidak dapat berganding tenaga untuk membuat persembahan bersama.

    Kakak saya tak dapat hadir atas faktor kesihatan. Dia tak cukup fit buat masa ni. Saya pun tak nak paksa sebab kesihatan paling utama.

    Saya pula tak nak tarik diri sebab sayang, dah 10 tahun saya tak masuk separuh akhir, jadi saya nak teruskan. Kakak saya pun banyak tolong, dia all out tanya kawan-kawan dia untuk cari pengganti.

    Menurut Irfan, kakaknya sendiri yang mencadangkan nama penyanyi meningkat naik, Umai untuk menggantikan posisinya pada malam AJL40 SA.

    Saya baru tahu hari Jumaat lepas. Agak lewat juga. Patutnya masa dah umum tu kita dah lock tarikh, tapi sebab faktor kesihatan dia beritahu saya yang dia memang tak boleh.

    Ceritanya agak last minute. Kita sebenarnya ada beberapa nama calon untuk gantikan tempat kakak saya, tapi kebanyakannya tidak available. Sampailah hari Ahad, kakak saya sendiri yang cadangkan nama Umai.

    Jadi saya terus lock sebab saya percaya dengan bakat Umai dan untuk makluman kami sebenarnya baru berlatih semalam (Khamis).

    Kami cuba buat yang terbaik. Walaupun ada kekangan masa nak bina chemistry, tapi kerjasama dengan Umai ni senang. Masing-masing beri kepercayaan, jadi ia berjalan lancar.

    Irfan berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada sidang media hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie Shah Alam pada Jumaat.

    MENARIK:  Rupa-Rupanya Lelaki Pun Boleh Kena Kanser Payudara, Ini Tanda-Tanda Yang Sering Diabaikan

    Umai gantikan Amira

    " data-video-id="7629739312141159688" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Itu diaaa Umairah & Irfan Harris 🥰🥰🥰 menyanyikan lagu Rasa dan Takdir 🤗 #SFAJL40 # #generasiselamanyajuara

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Dalam pada itu, pemilik nama Ummi Umairah Saiful Anuar, 14, menyifatkan peluang ini sebagai salah satu platform untuk dia menimba pengalaman menyertai pertandingan yang penuh berprestij.

    Masa tu saya baru balik sekolah sebenarnya tiba-tiba tengok telefon, Kak Amira ada hantar DM (Direct Message). Dia tanya, “boleh ke tolong nyanyi?” Masa tu saya rasa macam bermimpi.

    Saya terus beritahu ibu Rozi dan kami terus kosongkan jadual sekolah saya. Alhamdulillah, saya sangat terkejut dan rasa bersyukur sebab Kak Amira dan Irfan percaya dekat saya.

    Alhamdulillah rezeki saya. Terima kasih Kak Amira dan Irfan sebab percaya dekat saya walaupun saya masih awal lagi untuk masuk ke peringkat macam ini.

    Untuk info, hari pertama AJL40 SA saingan menyaksikan barisan lagu popular seperti Hijab Rindu (Black Hanifah), Pernah Punya Aku (Shila Amzah), Hilangmu Tak Terganti (Afieq Shazwan & Tajul), Kemana Ni (Acap Salam, Luca Sikta, KMY KMO), Tiwikarma, (KOI), Puaskah (Mariam Saim & Ameerais), Kamu (Aina Abdul), Semacam Pandora (Hazama), Kerana Ego (Tuah Adzmi) dan Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan).

    Saingan bakal diteruskan pada malam kedua dengan barisan lagu lain termasuk Nurcinta (Amir Masdi), Menyala (Stacy), Lemah (Dayang Nurfaizah), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Nostalgila (Haqiem Rusli), Lumangad Oku Dika (Reynald Guntabid),  Tak Adil (Aisah Retno) dan Cak Cak Cekuk (Wanie Kayrie) sebelum keputusan lagu yang layak ke peringkat akhir diumumkan.

    Saksikan AJL40 Separuh Akhir secara langsung di TV3 atau strim di Tonton.

    The post Irfan Haris Kongsi Amira Othman Kurang Sihat, Tak Dapat Hadir AJL40 SA – ‘Kakak Sendiri Yang Cadangkan Nama Umai’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah