25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terlalu awal bincang nak bertanding di mana – Khairy

    Shopee Sale

    Fokus utama bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika ini adalah terhadap proses permohonannya untuk kembali menyertai parti berkenaan.

    Justeru, beliau menyifatkan sebarang perbincangan mengenai kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai terlalu awal.

    “Saya rasa terlalu awal untuk kita bincang soal nak bertanding di mana (kerana) saya baru dalam proses untuk kembali, jadi perkara itu belum sesuai dibincangkan,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas malam tadi.

    Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, Khairy menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO pada 15 Mac lepas.

    Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata permohonan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 17 April ini berteraskan semangat “Rumah Bangsa”.

    Khairy berkata penentuan calon dan agihan kerusi oleh Barisan Nasional (BN) adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, justeru beliau tidak mahu mendahului sebarang keputusan parti.

    MENARIK:  Parti letak calon wanita buat syarat saja - pensyarah

    Dalam pada itu, beliau berkata hasrat bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas agar kerusi Parlimen berkenaan terus dipimpin oleh individu yang diyakininya, iaitu Reezal Merican yang kini Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) perlu dihormati.

    “Ketika hayatnya, Pak Lah ada berpesan kepada kami berdua, saya sebagai menantu dan Reezal Merican sebagai anak politik beliau, supaya Kepala Batas ini biarlah Reezal yang jaga.

    “Jadi, takkanlah saya tidak menghormati keputusan dan hajat orang tua saya. Saya berharap semoga Reezal Merican berjaya dalam PRU dan dapat merampas semula Parlimen Kepala Batas,” katanya.

    Pada PRU ke-15, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas apabila kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti 2,867 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah