26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anna Jobling Rangkul Trofi Utama Anugerah Melodi Terhangat, Ini Senarai Penuh Pemenang

    Shopee Sale

    Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang diadakan di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, Selangor baru sahaja melabuhkan tirainya, pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: AMT2026 Kembali Dengan Barisan Artis Popular, Lee Junho Bakal Gegarkan CUCKOOTOPIA!

    Artikel Berkaitan: Anugerah Melodi Terhangat 2026 Tampil 7 Kategori Baharu, Undian Peminat Dibuka September Ini!

    Senarai pemenang AMT2026

    AMT2026 tahun ini menyaksikan pelakon, Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang selepas meraih undian tertinggi sekali gus membawa pulang trofi kemenangan.

    Selain Anna, kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di AMT2026. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

    1. Fresh Rising Star Terhangat Darlie – Zaki Yamani
    2. Selebriti Maskulin Terhangat – Fattah Amin
    3. Selebriti Feminin Terhangat – Anna Jobling
    4. Selebriti Muzik Terhangat – Khai Bahar
    5. Selebriti Couple Goals Terhangat – Janna Nick & Dini
    6. Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO – Hael husaini
    7. Selebriti Viral Terhangat – Aisha Retno
    8. Selebriti Stailo Terhangat – Meerqeen
    9. Tonton Original Terhangat – Neraka Yang Terhijab
    10. Lagu Terhangat – Nurcinta
    11. Drama Sangat Terhangat – Yes! Captain Zul Aaryan (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)
    12. Direktor & Filem Terhangat – Bobby Husaini & Libang Libu
    MENARIK:  Jay Jay Jalani Rawatan Fisioterapi, Tunjuk Perkembangan Positif

    Manakala, empat kategori iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan disampaikan menerusi CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026 yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

    AMT2026 dimeriahkan dengan persembahan barisan artis popular seperti Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir dan ramai lagi.

    Lebih menarik, pentas AMT2026 turut menyaksikan kehadiran barisan selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah yang tampil sebagai penyampai anugerah.

    Kemeriahan AMT2026 kali ini diserikan dengan gandingan Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara utama.

    Sekadar info, AMT2026 dihangatkan dengan tema ‘Power’ dan turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja, seperti CUCKOO, Darlie, Gardenia QuickBites, Mentos dan Grab.

    The post Anna Jobling Rangkul Trofi Utama Anugerah Melodi Terhangat, Ini Senarai Penuh Pemenang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah