28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izara Aishah Sudah 10 Tahun Tak Bersilat, Kembali Berlatih Demi Watak Puteri Walinong Sari

    Shopee Sale

    Pelakon Izara Aishah tampil memberi respons terhadap komen seorang individu yang mendakwa persembahan silatnya di Konsert Tradiisonal Gema Bumantara agak kaku.

    Izara Aishah bersilat

    Menerusi satu hantaran di Threads, individu terbabit menyifatkan persembahan Izara ketika membawa watak Puteri Walinong Sari sebagai antara yang paling epik, khususnya ketika menggerakkan kepala mengikut rentak tarian.

    Sebenarnya Izara Aishah paling epik. Keras betul kepala dia bergoyang macam patung letak kat dashboard kereta tu.

    Menjawab komen tersebut, Izara menjelaskan bahawa pergerakan itu sememangnya sebahagian daripada teknik dalam seni tari silat Helang Alam Buana Srikandi.

    Memang dilatih begitu. Seni Tari Silat Helang Alam Buana Srikandi.

    Izara mengakui sudah 10 tahun tidak bersilat sebelum diminta kembali berlatih sebulan lalu bagi menjayakan watak Puteri Walinong Sari dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara.

    Muay Thai dari umur 14 kemudian Silat dari umur 19. 10 tahun berhenti bersilat tiba-tiba kena sambung balik sebulan lepas untuk membawa watak Walinong. Saya masih dikira dalam pantang baby 5 bulan.

    Sebelum ini, Izara menyorot perhatian apabila tampil sebagai Puteri Walinong Sari ketika Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyampaikan lagu Walinong Sari di Konsert Gema Bumantara, pada Sabtu.

    MENARIK:  Penganjur Minta Maaf, Penampilan Tarian Dangdut Ditutup di Festival Raya

    Sumber: Threads

    The post Izara Aishah Sudah 10 Tahun Tak Bersilat, Kembali Berlatih Demi Watak Puteri Walinong Sari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah