Pelakon dan pengacara, Janna Nick memuji keistimewaan lagu Bluest Sky nyanyian Aina Abdul yang disifatkannya mempunyai lirik yang mudah diingati pendengar.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Tegur Netizen Kaitkan Penggunaan Tampon Dengan Selaput Dara – ‘Ia Senipis Cotton Pad Sahaja’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Ambil Pil Hormon Demi Zuriat, Tak Kisah Orang Komen Bentuk Badan – ‘Goals Saya Bukan Nak Melawa’
Automatik hafal

Menerusi perkongsian di Threads, Janna mengakui lagu-lagu nyanyian Aina mudah dihafal tanpa memerlukan usaha yang banyak.
Tambahnya, kelebihan tersebut mungkin berpunca daripada pemilihan kata yang begitu dekat dengan ingatan pendengar.
Saya rasa kekuatan setiap lagu Aina Abdul terletak pada lirik dia.
Semua lagu dia, saya secara automatik hafal tanpa perlu meletakkan sebarang usaha untuk menghafalnya pun.
Mungkin pilihan perkataan dalam lirik dia itu sangat mudah melekat dalam otak.
Dalam pada itu, Janna turut memuji keistimewaan karya Aina yang mempunyai daya tarikan tersendiri, sekali gus membuktikan bahawa kekuatan sesebuah lagu bukan hanya terletak pada melodi, malah turut dipengaruhi oleh lirik yang mampu menyentuh hati pendengar.
Untuk rekod, Aina Abdul melancarkan lagu Bluest Sky pada 9 Oktober lalu sebagai taruhan untuk mewakili Malaysia di Eurovision Song Contest Asia 2026 yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Automatik Hafal’ – Janna Nick Puji Keistimewaan Lagu Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.





