Pelakon Toh Puan Syamim Freida menjawab persoalan segelintir netizen yang tertanya-tanya mengenai kehadirannya sebagai pengapit pada majlis perkahwinan pelakon Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: ‘Privasi Itu Pilihan, Ada Perkara Dalam Hidup Saya Pilih Untuk Tak Kongsi’ – Syamim Freida
Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri
Syamim, Bella dah lama berkawan

Ketika ditemui , Syamim atau nama lengkapnya, Syamim Mohd. Farid, 35, berkata dia sudah berkawan rapat dengan Bella sejak sebelum penyanyi itu mendirikan rumah tangga lagi.
Malah persahabatan mereka kekal sehingga hari ini meskipun jarang berkongsi momen bersama di media sosial.
Saya dengan Bella sebenarnya sudah lama kenal, sejak sebelum dia berkahwin lagi. Boleh dikatakan kami berkawan sejak zaman hingusan.
Mungkin orang pelik masa saya ada dalam senarai pengapit sebab kami jarang nampak bersama, tetapi sebenarnya saya selalu ada untuk dia kalau apa-apa berlaku.
Jika ada berita mengenai dirinya, saya akan hubunginya terus, malah bersedia pada bila-bila masa kalau diperlukan.
Syamim berkata demikian ketika ditemui di majlis pembukaan premis pertama jenama persalinan aktif, NADA di KL East Mall, pada Khamis.
Bella ‘wanita besi’
Berkongsi mengenai keperibadian sahabatnya itu, Syamim menyifatkan Bella sebagai seorang wanita yang memiliki kekuatan diri dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
Dia sangat menakjubkan. Seorang individu yang sangat dedikasi. Kalau tengok dari luaran, dia nampak lembut dan kecil molek, tetapi sebenarnya dia sangat kuat.
Saya boleh katakan Bella seorang individu ampuh luar dan dalam. Dia wanita besi.
Sementara itu, Syamim turut meluahkan rasa gembira melihat Bella memulakan kehidupan baharu selepas kembali mendirikan rumah tangga dan berharap perkahwinan mereka sentiasa bahagia.
Saya sangat gembira dan bangga dengan Bella. Saya pasti YB (Syed Saddiq) akan menjaganya dengan baik. Saya juga terharu kerana akhirnya Bella sudah menemui insan yang menghargai dirinya.
Dalam perkahwinan, kita perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk satu sama lain.
Walau apa pun yang berlaku, kita perlu sentiasa memilih satu sama lain setiap hari, selain banyak bersabar dan berkongsi.
The post Dipersoal Jadi Pengapit Bella Astillah, Syamim Freida Dedah Persahabatan Sejak Zaman Bujang – ‘Saya Ada Dengan Dia Dari Dulu’ first appeared on OHBULAN!.





