Pelakon, Adam Corrie berkongsi pandangan mengenai perbezaan tahap pemikiran manusia yang disifatkan mempengaruhi cara seseorang memahami, menilai dan menerima sesuatu perkara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selalu Sampai Awal Di Set, Saya Boleh Buat Banyak Perkara’ – Adam Corrie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tegas Bab Solat, Setiap Hari Dia Kena Solat Berjemaah Walaupun Baru 8 Tahun’ – Adam Corrie
Setiap manusia tidak sama

Menerusi perkongsian di Threads, Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah berpendapat segelintir individu mudah membuat kesimpulan dan menghukum tanpa menyemak kesahihan sesuatu perkara.
Menurut pelakon KL Gangster itu, setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Justeru, penting untuk memahami sesuatu isu terlebih dahulu sebelum memberikan reaksi bagi mengelakkan salah faham.
Tahap pemikiran, IQ dan EQ setiap manusia tidak sama. Cara kita memahami, menilai dan menerima sesuatu perkara juga berbeza-beza.
Ada yang cepat membuat kesimpulan, ada yang mudah menghukum, malah ada yang membangkitkan sesuatu isu tanpa tabayyun, iaitu menyemak dan memastikan kebenaran terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Adam berpendapat ada kalanya lebih baik berdiam diri daripada menjelaskan sesuatu perkara bagi mengelakkan perselisihan faham.
Tidak semua perkara perlu dijawab. Tidak semua salah faham perlu diperdebatkan.
Kadangkala, diam bukan bermakna kita kalah. Senyum bukan bermakna kita bersetuju.
Kita cuma memilih untuk menjaga adab daripada melayan perdebatan yang tidak membawa manfaat.
Jadi, kita senyum sahaja.
Mengakhiri perkongsian tersebut, Adam mengingatkan orang ramai agar memilih untuk bertenang dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan perdebatan yang tidak mendatangkan kebaikan.
Sumber: Threads
The post “Tidak Semua Salah Faham Perlu Diperdebatkan” – Adam Corrie first appeared on OHBULAN!.





