Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi di Taman Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Hent*k Kepala Kekasih Guna Lesung, Sorok Mayat Dalam Tandas
Artikel Berkaitan: Setahun Hilang, Jumpa Semula Tinggal Rangka…Gadis 18 Tahun Dipercayai Dibunuh
Mayat bayi tanpa kepala

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu iaitu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, wanita itu ditahan pada jam 3.30 petang, Sabtu.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang pada Ahad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut sehingga 21 Oktober.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau dikenakan kedua-dua hukuman.
Sebelum ini, seorang wanita menemukan mayat bayi itu ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya sebelum melaporkan penemuan tersebut kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perumahan Padang Setengge.
Mayat bayi berkenaan ditemukan tanpa kepala, hanya dengan sebelah tangan dan kedua-dua kaki.
Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemukan.
Sumber: Sinar Harian
The post Kes Mayat Bayi Tanpa Kepala, Wanita 23 Tahun Direman first appeared on OHBULAN!.





