27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Op Favish: Pengasas FashionValet beri keterangan buat hari keempat

    Shopee Sale

    Pasangan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menyambung keterangan mereka kepada pihak berkuasa hari ini.

    Kenderaan membawa pasangan terbabit tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 9.14 pagi.

    Hari ini merupakan hari keempat proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan setelah SPRM mengesan beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

    MENARIK:  SURAT | Ibrah dari tragedi Sungai Korok

    Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilaporkan berkata ia melibatkan transaksi yang dilakukan kepada sebuah syarikat dikaitkan dengan pasangan pengasas FashionValet sejak 2018 hingga tahun lalu.

    SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan berkenaan serta akaun syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish pada 6 Nov lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah