29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tengku Ampuan Pahang tidak pernah tawar bantuan di TikTok

    Shopee Sale

    Istana Pahang hari ini menafikan dakwaan bahawa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menawarkan sebarang bentuk bantuan kepada orang ramai melalui platform TikTok.

    Istana Pahang memaklumkan penafian itu dibuat berikutan satu akaun TikTok dikesan menggunakan nama 'Datuk Muhammad Yusuf', didapati giat memperdaya masyarakat dengan memanipulasi wajah Tunku Azizah menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

    “Istana Pahang menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja.

    MENARIK:  PRN Sabah: SAPP, Star keluar GRS taktik politik lama - Ahmad Zahid

    “Sehubungan itu, orang ramai diminta agar lebih berhati-hati, bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran palsu yang disebarkan di media sosial,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

    Orang ramai juga dinasihatkan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej yang mencurigakan atas nama Tengku Ampuan Pahang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah