32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sidang DUN khas Johor pada 22 Jun batal – speaker

    Shopee Sale

    Sesi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadualkan berlangsung sehari pada 22 Jun dibatalkan susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.

    Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

    “Batal,” katanya ringkas.

    Pada 29 Mei, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dilaporkan menerima notis rasmi bagi menghadiri persidangan itu.

    MENARIK:  'Kantoi' seludup burung di KLIA: Warga Indonesia didenda RM50,000

    Antara yang mengesahkan penerimaan notis itu ialah ADUN Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal, ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dan ADUN Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan.

    Semalam, Onn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sekali gus membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah