28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tei, Shamsul akan didakwa menawar dan menerima rasuah

    Shopee Sale

    SPRM mengesahkan bahawa ahli perniagaan Albert Tei dan Shamsul Iskandar Mohd Akin, bekas pembantu politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, akan didakwa di dua mahkamah berasingan atas tuduhan menawar dan menerima rasuah.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dan masing-masing akan berdepan empat pertuduhan.

    Tei dan Shamsul Iskandar juga akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam Jumaat ini, masing-masing dengan satu pertuduhan.

    Azam berkata, SPRM sudah melengkapkan siasatan terhadap mereka berhubung kes rasuah itu.

    MENARIK:  Bekas speaker Dewan Rakyat jadi ketua lembaga rayuan Bersatu

    Pada 29 November lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya memberikan perintah reman enam hari terhadap Shamsul Iskandar dan ahli perniagaan Albert Tei susulan siasatan rasuah melibatkan nilai lebih RM600,000.

    Siasatan dibuat setelah Tei mendedahkan dia menyogok Shamsul Iskandar melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bagi mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah bagi mendapatkan lesen prospek perlombongan di negeri itu.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah