Pelakon dan penyanyi Didi Astillah, tampil mempertahankan kakaknya Bella Astillah berkaitan isu pemilihan pengapit untuk hari bahagianya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pilihan Tidak Akan Berubah & Wanita Itu Ada Di Sisi Saya’ – Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Zoom’ Telefon Bimbit Syed Saddiq, Foto Bersama Bella Astillah Diselit Belakang ‘Casing’ Curi Perhatian
Pengapit Bella

Menerusi hantaran di Threads, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, berkata, kesemua pengapit tersebut ialah antara individu-individu penting yang ada ketika Bella berdepan fasa sukar.
Menurut Didi, mereka ialah insan yang sanggup bersusah payah untuk sentiasa ada di samping Bella.
Bila tengok pengapit kak long (Bella) semua, bahagia sangat.
Teringat waktu ‘down’ kak long dulu, muka-muka itulah yang muncul, walaupun kena naik flight berjam-jam.
Dalam masa sama, Didi juga menyifatkan mereka sebagai sahabat sejati yang tidak pernah melukai Bella.
Tetap ada dan paling penting, tidak pernah tikam belakang kak long.
Sebab yang pernah itu…Alhamdulillah sudah dijauhkan dari kak long.
Kak long pun kadang-kadang bukan salah dia, tapi dia yang minta maaf sebab sayangkan persahabatan.
Terdahulu, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu tampil berkongsi sebab memilih sembilan orang pengapitnya.
Hantaran tersebut dimuat naik dipercayai selepas terdapat individu yang mempersoal pemilihannya itu.
Sebelum ini, Bella dan tunang, Syed Saddiq mengumumkan mereka bakal disatukan pada 10 Oktober ini.
Untuk info, Syed Saddiq dan Bella dilapor mula berkenalan dengan lebih rapat pada 2025 sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Sumber: Threads
The post ‘Waktu Kakak Down Muka-Muka Itulah Yang Muncul, Paling Penting Tak Pernah Tikam Belakang’ – Didi Astillah first appeared on OHBULAN!.





