27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tangkapan lelaki Israel: Ada warga asing, tempatan sedang dicari polis

    Shopee Sale

    Polis sedang cuba mengesan beberapa individu lain yang dianggap terlibat dalam kes warga Israel ditahan bersama beberapa senjata api hujung bulan lalu.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata ada "lebih daripada dua orang" sedang dicari pihak berkuasa.

    "Dalam siasatan ini polis masih lagi ada (yang dicari), dalam radar kita untuk menangkap lebih daripada dua orang," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

    Tambah Razarudin, selain warga asing individu yang dicari itu juga termasuk rakyat Malaysia sendiri.

    Katanya mereka disyaki boleh membantu siasatan polis berhubung pemilikan senjata api.

    Malaysiakini pada 29 Mac lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki Israel dan merampas enam pucuk pistol bersama 200 peluru. Dia masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis.

    Tangkapan itu dibuat di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 27 Mac.

    Lelaki terbabit kemudian dikenali sebagai Shalom Avitan dan mendakwa datang ke Malaysia untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya susulan isu dalaman.

    MENARIK:  MP tegur budaya 'cium tangan' dalam tentera

    Menjelaskan perkembangan terbaru kes itu hari ini, Razarudin berkata pasangan suami isteri tempatan yang didakwa menyeludup senjata api dari Thailand untuk diserahkan kepada Avitan kini diremah sehingga 5 April.

    Dia menambah PDRM sedang cuba berhubung dengan Interpol untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta memeriksa rekod lelaki Avitan jika dia mempunyai rekod jenayah lampau.

    Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada sebarang maklumat diberikan Interpol.

    Razarudin juga menjelaskan di sebalik pengakuan lelaki terbabit, polis tetap menjalankan siasatan mendalam serta melihat kes tersebut dari pelbagai perspektif.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah