26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak ada, tak tahu’ – Zahid sangkal desas-desus pertemuan BN, PN, GPS dan GRS

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menepis spekulasi liar berhubung penganjuran satu pertemuan melibatkan pimpinan utama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tular di media sosial hari ini.

    Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN menegaskan, dia  langsung tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan berkenaan dan menyifatkan desas-desus tersebut sebagai tidak berasas.

    "Tak ada, tak tahu. Saya tak tahu-menahu hal itu. 

    “Saya periksa dengan Menteri Dalam Negeri pun, mengikut sumber pun tak ada, tak tahu, tak ada," katanya ringkas yang dipetik akhbar Berita Harian selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya, hari ini.

    Ahmad Zahid memberi maklum balas tersebut berikutan penularan mesej di platform media sosial yang mendakwa  bahawa gabungan parti-parti berkenaan bakal memanggil satu sidang media khas pada jam 2 petang ini.

    Mesej tular itu bagaimanapun tidak memperincikan motif atau agenda sidang media tersebut.

    Spekulasi itu timbul susulan tindakan BN yang bekerjasama dengan PN, khususnya PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

    MENARIK:  Hipokrasi politik: PM, DAP bidas sikap talam dua muka Onn Hafiz

    BN akan bertanding di 25 daripada 36 kerusi manakala baki kerusi itu diisi oleh calon-calon PN, khususnya dari PAS dan Wawasan mentang sekutunya di kerajaan persekutuan, Pakatan Harapan (PH).

    Kekal setia dengan kerajaan Perpaduan

    Mengulas lanjut, presiden Umno itu meyakinkan bahawa pendirian partinya adalah untuk terus bersama kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak.

    Jelasnya, ketetapan tersebut dipandu sepenuhnya oleh keputusan yang dipersetujui dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) sebelum ini.

    "Itu pendirian dan resolusi yang kita bawa ke Perhimpunan Agung.

    “Tiada badan yang lebih tinggi daripada Perhimpunan Agung dan kita sangat menghormati keputusan itu. Jadi kita harap janganlah risau," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah