26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Kalau Saya Buat Buruk, Nama Nasha Aziz Akan Terpalit’ – Zairi Aziz Akui Berat Bawa Gelaran Adik Selebriti

    Shopee Sale

    Membesar dalam keluarga yang sudah mempunyai nama besar dalam industri seni sering membuatkan seseorang berdepan dengan pelbagai tanggapan. Ada yang menganggap laluan mereka lebih mudah, manakala setiap pencapaian pula sering dikaitkan dengan populariti ahli keluarga yang terlebih dahulu dikenali ramai.

    Namun di sebalik kelebihan tersebut, wujud tekanan untuk membuktikan kemampuan sendiri, mengelakkan perbandingan dan menjaga nama baik keluarga.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Dipanggil Adik Nasha Aziz, Kakak Bagi Green Light’ – Zairi Aziz

    Artikel Berkaitan: Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’

    Hubungan Kekeluargaan Bukan Tiket Dapat Tawaran?

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain di fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk kita melihat sesuatu perkara dari sudut yang berbeza.

    Menerusi edisi POV XTRA kali ini, pelakon Zairi Aziz berkongsi pandangannya mengenai cabaran membawa gelaran sebagai adik kepada selebriti terkenal, Nasha Aziz.

    Menurut Zairi, berada dalam keluarga yang dikenali ramai bukan sekadar memberikan kelebihan, malah hadir bersama tanggungjawab besar untuk menjaga nama dan air muka keluarga.

    Berat sebenarnya sebab saya kena jaga nama Aziz, iaitu nama bapa saya. Selain menjaga nama, saya juga perlu menjaga air muka keluarga. Jadi perkara itu agak berat bagi saya.

    Kalau saya buat perkara yang buruk, sudah tentu nama kakak saya, Nasha Aziz, akan terpalit juga.

    Tidak Mudah Meneruskan Legasi Keluarga

    Bagi Zairi, meneruskan legasi keluarga dalam industri hiburan bukan satu perjalanan yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila setiap tindakan dan pencapaiannya berpotensi dibandingkan dengan kakaknya yang sudah lama mencipta nama sebagai pelakon serta peragawati.

    MENARIK:  Meerqeen Menolak Babak 'Soft Por*', Memelihara Nama Baik Keluarga

    Namun, Zairi tidak melihat hubungan keluarganya dengan Nasha sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tempat dalam industri.

    Sebaliknya, dia berusaha membuktikan kemampuan sendiri dengan menghadiri sesi uji bakat sama seperti pelakon lain.

    Setakat ini, tidak pernah lagi orang memberikan saya tawaran disebabkan gelaran sebagai adik Nasha Aziz.

    Kebanyakan drama yang saya lakonkan sebelum ini diperoleh selepas saya betul-betul pergi casting dan berusaha keras untuk menunjukkan bakat saya.

    Tidak Lagi Dibayangi Sebagai ‘Adik Nasha Aziz’

    Selepas melalui pelbagai proses uji bakat dan berusaha membina pengalaman, Zairi bersyukur apabila perjalanan seninya kini menunjukkan perkembangan positif.

    Jika sebelum ini dia perlu menghadiri sesi uji bakat bagi mendapatkan watak, kini Zairi sudah mula menerima tawaran secara langsung daripada pihak produksi.

    Sekarang, alhamdulillah, saya sudah berada dalam fasa menerima tawaran berbanding perlu pergi casting seperti dahulu.

    Saya bersyukur kerana tidak lagi dibayangi dengan gelaran ‘adik Nasha Aziz’.

    Perkembangan itu memberikan kepuasan tersendiri kepada Zairi kerana ia membuktikan usaha dan bakatnya mula mendapat perhatian, bukan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan nama besar dalam industri.

    Biarpun menyedari gelaran sebagai adik Nasha akan sentiasa menjadi sebahagian daripada identitinya, Zairi mahu masyarakat mengenalinya sebagai seorang pelakon yang mempunyai kemampuan dan perjalanan kerjayanya sendiri.

    Bagi Zairi, nama keluarga mungkin membuka ruang untuk orang mengenalinya, tetapi usaha, disiplin dan bakat tetap menjadi penentu sama ada seseorang itu mampu bertahan dalam dunia seni.

    The post POV XTRA: ‘Kalau Saya Buat Buruk, Nama Nasha Aziz Akan Terpalit’ – Zairi Aziz Akui Berat Bawa Gelaran Adik Selebriti first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah