26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Peguam kata tak perlu inkues, saran AG dakwa atau letak jawatan

    Shopee Sale

    Peguam yang mewakili keluarga tiga lelaki yang ditembak mati polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov tahun lalu menyelar Jabatan Peguam Negara kerana mengarahkan inkues dijalankan berhubung kejadian itu.

    Dalam satu kenyataan, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh menyifatkan inkues itu tidak diperlukan, dan berhujah bahawa bukti yang mencukupi menunjukkan lelaki berkenaan ditangkap hidup-hidup oleh polis sebelum didakwa dibunuh.

    Rajesh Nagarajan

    Mereka berkata keputusan peguam negara untuk merujuk kes itu kepada Koroner merupakan tindakan melepaskan tanggungjawabnnya.

    "Peguam negara sendiri pada awal tahun ini mengarahkan pembunuhan ini disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    "Puluhan kenyataan saksi dirakamkan. Kertas siasatan disemak, dikembalikan, dan disemak semula.

    "Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan yang hanya dia seorang yang berkuasa untuk buat, dia sebaliknya merujuk perkara itu kepada Koroner," kata mereka.

    Rajesh dan Sachpreetraj merujuk rakaman audio yang didakwa membuktikan semua lelaki itu masih hidup semasa ditangkap, serta laporan bezah siasat oleh pakar patologi kerajaan.

    Mereka berkata sudut tembusan peluru dari arah atas ke bawah mustahil dilepaskan untuk mempertahankan diri, sebaliknya jelas menunjukkan pembunuhan.

    Berdasarkan bukti ini, peguam negara sepatutnya mendakwa semua anggota polis yang terlibat atas pertuduhan membunuh, tambah mereka.

    Peguam berkenaan berkata inkues ke atas kes itu satu ketidakadilan kepada mangsa dan menggesa peguam negara supaya menjalankan tugasnya atau meletak jawatan.

    MENARIK:  Bantah UEC: Puad minta Radzi ingatkan Muhyiddin

    "Dia sepatutnya membuat keputusan untuk mendakwa. Atau dia patut meletak jawatan. Tanggungjawab terakhir terletak pada kerajaan yang mesti melindungi rakyat dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

    "Jika peguam negara tidak dapat melakukan perkara ini, kerajaan tidak seharusnya teragak-agak untuk menggantikannya."

    Semalam, AGC dalam satu kenyataan berkata ia mengarahkan inkues dijalankan berhubung insiden tembakan itu.

    Inkues itu akan meneliti punca dan keadaan kematian, termasuk sama ada wujud sebarang unsur jenayah.

    Pada 24 Nov tahun lepas, polis menembak mati tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun selepas seorang daripada mereka didakwa menyerang pegawai polis menggunakan parang.

    Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar mempertahankan tindakan anggotanya, dengan menyatakan bahawa serangan itu menyebabkan seorang koperal berusia awal 30-an mengalami kecederaan parah pada lengan kiri.

    Keluarga mangsa mempertikaikan dakwaan itu selepas timbul rakaman audio, yang didakwa daripada panggilan telefon  seorang mangsa yang dibunuh, yang membayangkan ketiga-tiga mereka dibunuh secara kejam.

    Laporan bezah siasat yang didedahkan pada 7 Julai seolah-olah menyokong dakwaan berkenaan, apabila mendapati dua daripada lelaki itu ditembak di kepala, manakala yang ketiga mengalami luka tembakan jarak dekat di dada dengan trajektori peluru dari atas ke bawah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah