Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.
Untuk edisi #SkoolXTRA kali ini, pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam berkongsi kenangan zaman persekolahannya yang dipenuhi pelbagai pengalaman menarik.
Artikel Berkaitan: “Bukan Hari Ini Minta, Esok Terus Jadi” – Di Sebalik Senyuman Izzue Islam, Ada Perjalanan Yang Penuh Sabar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahu Sentiasa Di Sisi Isteri, Netizen Sifatkan Izzue Islam Suami ‘Green Flag’ – ‘Tuhan Ja Tahu Berapa Banyak Sayang Aku Pada Dia’
Nakal tapi masih boleh dibendung
Menurut Izzue, dia bukanlah seorang pelajar yang terlalu menonjol dalam bidang akademik, namun masih mampu mengawal tingkah lakunya meskipun mengakui mempunyai sisi nakal.
Saya seorang pelajar yang biasa saja. Tak baik atau cemerlang sangat. Nakal itu ada, tapi tak terlalu nakal dan masih boleh dibendung.
Jadi pengawas untuk setahun
Menariknya, Izzue juga pernah diberikan tanggungjawab sebagai pengawas sekolah ketika berada di tingkatan dua. Bagaimanapun, jawatan tersebut hanya disandangnya selama setahun.
Saya pernah sandang jawatan pengawas untuk setahun saja ketika di tingkatan dua, naik tingkatan tiga dah kena buang, sebab saya ‘tak’ nakal.
Kena denda berdiri sepanjang perhimpunan berlangsung
Seperti kebanyakan pelajar lain, Izzue juga tidak terlepas daripada menerima hukuman akibat kesalahan yang dilakukan di sekolah.
Malah, dia pernah diarahkan berdiri di tapak perhimpunan sehingga pelajar lain sudah masuk ke dalam kelas.
Saya pernah kena pelbagai jenis denda. Pernah kena berdiri di perhimpunan. Orang lain dah masuk kelas, saya masih lagi berdiri.
Aktif buat persembahan di sekolah
Selain pengalaman di dalam kelas, Izzue turut aktif menyertai beberapa aktiviti kokurikulum serta persembahan sekolah.
Antaranya termasuk pertandingan kawad kaki, persembahan nyanyian sempena persaraan guru dan pementasan lakonan untuk malam kebudayaan.
Saya pernah masuk pertandingan kawad. Persembahan menyanyi di sekolah pun ada, terutamanya untuk guru yang bersara. Berlakon pula pernah ketika malam kebudayaan.
Suka mata pelajaran Pendidikan Islam
Dalam pada itu, Izzue mengakui Sejarah, Matematik dan Sains merupakan antara mata pelajaran yang paling mencabar baginya ketika di sekolah.
Sebaliknya, Pendidikan Islam menjadi mata pelajaran yang paling diminatinya.
Mata pelajaran paling susah bagi saya ialah Sejarah, Matematik dan Sains. Mata pelajaran paling saya gemari pula ialah Pendidikan Islam.
The post #SkoolXTRA: Tak Nakal, Tapi Kena ‘Buang’ Jawatan Sebagai Pengawas? Izzue Islam Imbau Momen Lucu Zaman Sekolah first appeared on OHBULAN!.





