28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KATA MP | Angka 8123: Jawapan buat Anthony Loke

    Shopee Sale

    DAP menyiarkan iklan di beberapa akhbar berbahasa Cina yang hanya memaparkan empat nombor, "8123".

    Iklan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi, malah ada yang menjadikannya 'nombor panas' untuk taruhan nombor ekor 4D.

    Teka-teki itu akhirnya terjawab apabila Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menjelaskan bahawa angka tersebut bermaksud: "Pada 1 Ogos, undi PH, dan menang 23 kerusi!"

    Tidak pasti dari mana datangnya keyakinan Anthony Loke.

    Mungkin beliau menerima maklumat yang kurang tepat, gagal membaca isyarat di lapangan, atau sekadar mempertaruhkan nasib.

    Berdasarkan pemerhatian dan perkembangan semasa, telahan saya adalah sebaliknya: “23” lebih berpotensi menjadi angka kemenangan PN-BN.

    Persefahaman PN-BN untuk mengelakkan pertindihan kerusi membuka peluang cerah mempertahankan 19 kerusi penyandang (BN-14, PN-5), di samping berpotensi merampas empat kerusi marginal seperti Sikamat, Ampangan, Pilah dan Klawang.

    Jika momentum ini berterusan, sasaran memenangi 23 kerusi majoriti-Melayu di Negeri Sembilan bukanlah sesuatu yang mustahil, didorong oleh formula penyatuan ummah yang semakin diterima, insya-Allah.

    MENARIK:  Tiada pihak arah SPRM siasat Ismail Sabri, kata Azam

    Malah angka 23 ini amat signifikan, kurang satu kerusi untuk PN-BN memperoleh majoriti dua pertiga (2/3) di Negeri Sembilan.

    Ini boleh dicapai sekiranya MCA, MIC, Gerakan dan MIPP berjaya menembusi sebahagian daripada 13 kerusi majoriti bukan-Melayu yang dimenangi PH sebelum ini.

    Saya lebih optimis dengan unjuran ini di pihak PN-BN: “23” atau “2/3”.

    Berbalik kepada permainan angka di pihak DAP, itu hak dan pendekatan mereka yang kita hormati.

    Namun kita tidak diajar untuk bermain nombor atau bertaruh nasib.

    Kita dituntut untuk berusaha, berusaha, dan berusaha; kemudian menyerahkan segalanya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

    Kepada YB Anthony Loke, saya hanya ingin berpesan: "Be careful what you wish for."


    SYAHIR SULAIMAN adalah anggota parlimen Bachok, Kelantan. Dia juga berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah